Welcome Notes


"Enthusiasm is the motivating power to success. The person who is enthusuastic exercises a magnetic influence over those with whom he or she comes in contact. To become enthusiastic, act enthusiastic. It could easily revolutionize your life" ~MaryKayAsh

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips Solekan Pagi

Woman applying makeup in the wrong light

 Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi semua!!

Jom mulakan hati dengan bertenaga jom.. Jadi macamane kita nak pastikan muka kite kelihatan bertenaga dengan solekan?? Saya akan kongsikan tips Morning Makeup daripada jurumekap tersohor, Sonia Kashuk.

3 tips Solekan Pagi:

1. Sumber pencahayaan yang terang dan tepat.
Kebiasaannya, pencahayaan pada waktu pagi agak gelap dan kusam. Ini perlu menjadi kebiasaan kepada kita untuk memilih warna solekan yang agak terang daripada biasa dengan tujuan supaya solekan akan nampak segar dan bertenaga. Akibatnya, apabila kita berada atau terdedah kepada cahaya yang terang atau semulajadi, solekan akan kelihatan OVERLOOK!! Jadi, pastikan anda memakai solekan di bawah cahaya yang mencukupi ya!!

2. Memakai bedak asas (foundation) dengan nipis
Memakai bedak asas perlulah sekadar mencukupi untuk menutup kesan-kesan cela di kulit wajah sahaja. "You always want to leave skin as natural as you can," Sonia Kashuk

3. Solekan mata
Jauhi memakai terlalu banyak lapisan warna untuk bahagian mata. Sudah memadai dengan memakai 1 lapisan warna sahaja untuk mengekalkan kecantikan mata anda dan aliskan sedikit Eyeliner. Jangan lupa pakaikan maskara supaya memberi impak luarbiasa kepada pandangan mata anda!!

Ok now da siap!! Jom kita pergi kerja!!

Sumber: www.sheknows.com


Inspiring you! For Make-up enquiry and quotation, kindly call/sms/whatsapp Eyra @ 019-2696612 you can jus drop an email to me at this address nazeyra@gmail.com Thank you for visiting my blog!!!

Cleaning Makeup Brush

Assalamualaikum WBT,

Uolss...uols tahu tak?? Dalam banyak2 alat solek, berus antara alatan yang palinggggg penting sekali... Kalau takde berus, camana la gaya makeup nanti kan??

Uols tahu tak lagi?? Kebersihan berus amat penting untuk dijaga supaya tidak menjadi medium/ rumah bakteria membiak yang seterusnya bole menyebabkan masalah kulit.. Haa ramai yang tak ambil berat atau pandang ringan dengan kebersihan berus ni. Tambah-tambah berus adalah alatan yang paling kerap kita gunakan. Kadang-kadang kita mungkin tak perasan berus tu digunakan sewaktu kulit muka kita lembap, basah atau berpeluh yang menjadi persekitaran favorit kepada Cik Bakteria kan??

Jadi Eyra nak share sikit tips mudah, ringkas dan menjimatkan untuk membersihkan berus uols di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan mudah saja;
1. Shampu
2. Conditioner
3. Span
4. Tuala kecil
5. Balang untuk merendam berus

Ok jom ikut step by step tips di bawah ini dan selamat mencuba;

1. Sediakan bahan seperti dinyatakan di atas
2. Letakkan shampu di atas span. Eyra gunakan shampu yang memberikan kesan melembutkan supaya berus pun akan jadi lembut selepas dicuci
3. Basahkan span dan berus
4. Dabkan berus ke atas berus sehingga hilang kesemua warna sisa solekan yang melekat pada berus
5. Bilas berus dengan air
6. Sediakan conditioner dan air di dalam balang
7. Rendamkan berus bersama air & conditioner semalaman (bergantung kepada uols, nak sekejap pun boleh jugak)
8. Toskan dan keringkan berus menggunakan tuala kecil
9. Baringkan berus di sisi meja supaya air yang masih terperangkap pada berus dapat ditoskan

Mudahkan?? Selamat mencuba!!

Tips pemilihan produk penjagaan wajah

Sebelum memilih jenama atau produk penjagaan wajah,disarankan supaya mengetahui jenis dan masalah kulit. Seperti yang Eyra share di entry Jenis Kulit, paling penting untuk mengenalpasti jenis kulit anda.

Kebanyakan wanita memiliki jenis kulit kombinasi,wanita berusia cenderung kepada kulit kering dan wanita yang mempunyai masalah kulit berminyak/jerawat kebiasaannya disebabkan pengaruh hormon. Kulit normal biasanya dimiliki oleh kanak-kanak yang mempunyai kandungan lembapan yang seimbang dan jarang mengalami masalah kulit.

Selepas mengetahui jenis kulit,dapatkan produk penjagaan wajah yang khusus dengan masalah kulit muka untuk mendapatkan rawatan yang optimal,berkesan dan menampakkan hasil. Bukanke tujuan kita menggunakan produk penjagaan wajah untuk menghilangkan masalah yang kita hadapi kan?kan??

Kebanyakan hanya bergantung kepada nasihat dan saranan yang dicadangkan oleh jurujual,rakan dan saudara-mara tanpa mempunyai sumber rujukan yang boleh dikenalpasti. Perlu diketahui tndakan atau kesan yang diperolehi oleh individu adalah berbeza. Kadang kala, seseorang mungkin tidak mengalami masalah atau kesan buruk dengan produk yang diguna,tapi ada segilintir yang mencuba produk baru dan mengalami alahan seterusnya menyebabkan masalah yang dialami menjadi bertambah rumit.

Untuk mengelakkan perkara sebegitu terjadi,tidak salah jika kita melakukan sedikit kaji selidik tentang produk yang hendak dicuba. Kenalpasti bahan kandungan yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut,mana tahu kemungkinan bahan yang terdapat dalam produk tersebut mungkin sensitif kepada kulit anda. Juga kaji mengenai sejarah produk tersebut untuk lebih yakin dan pasti sebelum mencuba.

Setelah berasa pasti dan yakin,dapatkan formula rawatan yang khusus dengan permasalahan kulit anda. Atau jika anda anda lebih spesifik dengan penjagaan wajah anda seperti mahukan produk anti-penuaan, boleh dapatkan produk anti-penuaan yang bersesuaian dengan kulit anda.

Contohnya anda mempunyai masalah kulit berminyak dan juga mahu menentang tanda-tanda penuaan,dapatkan produk Anti-penuaan khusus bagi kulit berminyak. Jika ada perunding kecantikan, boleh dapatkan khidmat nasihat untuk produk yang bakal dibeli. Jika boleh,tanya dan dapatkan kepastian mengenai produk melalui perunding.

Seterusnya, pastikan harga produk adalah didalam lingkungan kemampuan dan bajet yang ditetapkan. Pastikan harga produk tersebut setimpal dengan kuantiti dan hasil yang diberikan. Tak salah berbelanja lebih jika produk yang dipilih mampu memberi kesan yang menakjubkan dan memuaskan hati.

Jika segalanya telah lengkap,anda telah mempunyai set penjagaan wajah yang sesuai dan khusus dengan permasalahan kulit anda!!

How do you arrange your scarves??I got some tips to share

Hi..Here I got some tips for you to arrange your overflowing scarves in your wardrobe neatly and well organised!

First!Saving budget idea

1. Hang it on your cloth hanger (best option, convenient and costless)
I think wood & metal type would be the best idea since plastic hanger tends to bend and break oppsss if overloaded.Hey, I experienced this so many timesss okay=)
**Tips: Put cloth pegs together with your scarf just to make your scarf stay in place or it would be ended up in a mess on your floor

2. Fold them and stack in your cupboard,drawer,shelf or etc (suitable for diligent-type-of-person)


3. Roll them and arrange them closely as possible in your rack.
You may also use a decorated shoe box (oh please at least wrap it with wrapping paper ok) or hardcardboard as a partitioner to arrange them orderly

4. Hang it on your cupboard rail or hanging rail

5. Here some creative idea and budget-wise!

Cool huh?

Second!Non-saving budget idea

6. Use decorative shawl hanger, as available in the market now in variety of design.


7. You may think this kind of hanging shelf won't be so bad to keep your hijab right?

Third!Effortless Ideahh~

 8. Do you have empty boxes?Nah..just throw your scarves carelessly into the box and bury the treasure beneath your bed.DONE!

Happy trying~

**photos  source by GOOGLE