Welcome Notes


"Enthusiasm is the motivating power to success. The person who is enthusuastic exercises a magnetic influence over those with whom he or she comes in contact. To become enthusiastic, act enthusiastic. It could easily revolutionize your life" ~MaryKayAsh

Cleaning Makeup Brush

Assalamualaikum WBT,

Uolss...uols tahu tak?? Dalam banyak2 alat solek, berus antara alatan yang palinggggg penting sekali... Kalau takde berus, camana la gaya makeup nanti kan??

Uols tahu tak lagi?? Kebersihan berus amat penting untuk dijaga supaya tidak menjadi medium/ rumah bakteria membiak yang seterusnya bole menyebabkan masalah kulit.. Haa ramai yang tak ambil berat atau pandang ringan dengan kebersihan berus ni. Tambah-tambah berus adalah alatan yang paling kerap kita gunakan. Kadang-kadang kita mungkin tak perasan berus tu digunakan sewaktu kulit muka kita lembap, basah atau berpeluh yang menjadi persekitaran favorit kepada Cik Bakteria kan??

Jadi Eyra nak share sikit tips mudah, ringkas dan menjimatkan untuk membersihkan berus uols di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan mudah saja;
1. Shampu
2. Conditioner
3. Span
4. Tuala kecil
5. Balang untuk merendam berus

Ok jom ikut step by step tips di bawah ini dan selamat mencuba;

1. Sediakan bahan seperti dinyatakan di atas
2. Letakkan shampu di atas span. Eyra gunakan shampu yang memberikan kesan melembutkan supaya berus pun akan jadi lembut selepas dicuci
3. Basahkan span dan berus
4. Dabkan berus ke atas berus sehingga hilang kesemua warna sisa solekan yang melekat pada berus
5. Bilas berus dengan air
6. Sediakan conditioner dan air di dalam balang
7. Rendamkan berus bersama air & conditioner semalaman (bergantung kepada uols, nak sekejap pun boleh jugak)
8. Toskan dan keringkan berus menggunakan tuala kecil
9. Baringkan berus di sisi meja supaya air yang masih terperangkap pada berus dapat ditoskan

Mudahkan?? Selamat mencuba!!

No comments: