Sebelum memilih jenama atau produk penjagaan wajah,disarankan supaya mengetahui jenis dan masalah kulit. Seperti yang Eyra share di entry Jenis Kulit, paling penting untuk mengenalpasti jenis kulit anda.
Kebanyakan wanita memiliki jenis kulit kombinasi,wanita berusia cenderung kepada kulit kering dan wanita yang mempunyai masalah kulit berminyak/jerawat kebiasaannya disebabkan pengaruh hormon. Kulit normal biasanya dimiliki oleh kanak-kanak yang mempunyai kandungan lembapan yang seimbang dan jarang mengalami masalah kulit.
Selepas mengetahui jenis kulit,dapatkan produk penjagaan wajah yang khusus dengan masalah kulit muka untuk mendapatkan rawatan yang optimal,berkesan dan menampakkan hasil. Bukanke tujuan kita menggunakan produk penjagaan wajah untuk menghilangkan masalah yang kita hadapi kan?kan??
Kebanyakan hanya bergantung kepada nasihat dan saranan yang dicadangkan oleh jurujual,rakan dan saudara-mara tanpa mempunyai sumber rujukan yang boleh dikenalpasti. Perlu diketahui tndakan atau kesan yang diperolehi oleh individu adalah berbeza. Kadang kala, seseorang mungkin tidak mengalami masalah atau kesan buruk dengan produk yang diguna,tapi ada segilintir yang mencuba produk baru dan mengalami alahan seterusnya menyebabkan masalah yang dialami menjadi bertambah rumit.
Untuk mengelakkan perkara sebegitu terjadi,tidak salah jika kita melakukan sedikit kaji selidik tentang produk yang hendak dicuba. Kenalpasti bahan kandungan yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut,mana tahu kemungkinan bahan yang terdapat dalam produk tersebut mungkin sensitif kepada kulit anda. Juga kaji mengenai sejarah produk tersebut untuk lebih yakin dan pasti sebelum mencuba.
Setelah berasa pasti dan yakin,dapatkan formula rawatan yang khusus dengan permasalahan kulit anda. Atau jika anda anda lebih spesifik dengan penjagaan wajah anda seperti mahukan produk anti-penuaan, boleh dapatkan produk anti-penuaan yang bersesuaian dengan kulit anda.
Contohnya anda mempunyai masalah kulit berminyak dan juga mahu menentang tanda-tanda penuaan,dapatkan produk Anti-penuaan khusus bagi kulit berminyak. Jika ada perunding kecantikan, boleh dapatkan khidmat nasihat untuk produk yang bakal dibeli. Jika boleh,tanya dan dapatkan kepastian mengenai produk melalui perunding.
Seterusnya, pastikan harga produk adalah didalam lingkungan kemampuan dan bajet yang ditetapkan. Pastikan harga produk tersebut setimpal dengan kuantiti dan hasil yang diberikan. Tak salah berbelanja lebih jika produk yang dipilih mampu memberi kesan yang menakjubkan dan memuaskan hati.
Jika segalanya telah lengkap,anda telah mempunyai set penjagaan wajah yang sesuai dan khusus dengan permasalahan kulit anda!!
No comments:
Post a Comment