Welcome Notes


"Enthusiasm is the motivating power to success. The person who is enthusuastic exercises a magnetic influence over those with whom he or she comes in contact. To become enthusiastic, act enthusiastic. It could easily revolutionize your life" ~MaryKayAsh

Jenis Kulit

Untuk entry kali ni, Eyra nak share info mengenai jenis kulit dan masalah kulit yang biasanya dihadapi oleh wanita.
Kulit boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu Kulit Kering, Kulit Berminyak,Kulit Kombinasi (Minyak & Kering) & Kulit Normal
KULIT KERING
-         Dipengaruhi oleh iklim
-         Mudah mengelupas (kulit kering), menampakkan tanda kedut, iritasi
-         Biasa dialami oleh wanita berumur 40 tahun ke atas
-         Gunakan pembersih jenis free emollient
-         Sapukan pelembab malam dan siang untuk memberi kelembapan yang cukup
-        Pembersih dengan ekstrak kiwi mengandungi vitamin C untuk membersih dan mambantu merawat masalah kulit kering
  
KULIT BERMINYAK
-         Berminyak di T-zone(hidung dan dahi) dan di U-zone(dagu dan pipi)
-         Mempunyai bukaan liang pori yang besar
-         Kelihatan kusam
-         Menghadapi masalah kulit kemerahan, iritasi, berjerawat, alahan dan senang mengalami jangkitan
-         Elakkan pemakaian produk yang mempunyai bahan kimia, lakukan rawatan secara semulajadi
-         Hindari makanan pedas, panas
-         Minum air untuk beri kelembapan dan mencegah kekeringan pada kulit
-         Herbal Remedias:
o   Pembersih yang mengandungi almond atau jojoba oil
o   Facial exfoliate  atau masker dengan campuran oatmeal & perahan limau
o   Masker diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan atau yogurt asli dan timun
o   Green tea  dan lidah buaya mengandungi anti-inflammatory yang mencegah  kesan kemerahan, keradangan, kesan seperti terbakar dan jerawat
-         Guna produk tanpa haruman jenis hypoallergic
-         Produk yang mempunyai ekstrak perahan limau nipis, betik dan tomato membantu mengurangkan jerawat
-         Oat membantu menyerap mengawal kandungan minyak dan memberi kelembapan sempurna pada wajah
-         Elakkan menggunakan air suam ketika membersihkan wajah kerana membuka pori dengan lebih besar seterusnya menggalakkan pori tersumbat
-         Guna pembersih wajah yang ringan, kandungan air yang tinggi dan pelembap yang tidak berminyak
-         Toner/Freshner perlu dipakai terutama pada T-zone untuk kurangkan kesan berminyak

KULIT KOMBINASI
-         Berminyak di T-zone(hidung dan dahi) dan kering di U-zone(dagu dan pipi) atau sebaliknya
-         Mempunyai ketebalan kulit sederhana
-         Pori-pori lebar di T-zone dan normal di U-zone
-         Bintik-bintik hitam mudah muncul di sekitar T-zone menyebabkan wajah kusam
-         Gunakan toner untuk kurangkan kesan berminyak di T-zone
-         Gunakan krim pelembab untuk memberi kelembapan yang mencukupi di U-zone

KULIT NORMAL
    -         Mempunyai kandungan minyak yang mencukupi di bahagian U-Zone & T-Zone
    -         Kulit yang sihat dan jarang mempunyai masalah

  
Photo: Google Search

What is your skin type?? 

No comments: