Welcome Notes


"Enthusiasm is the motivating power to success. The person who is enthusuastic exercises a magnetic influence over those with whom he or she comes in contact. To become enthusiastic, act enthusiastic. It could easily revolutionize your life" ~MaryKayAsh

Showing posts with label Career. Show all posts
Showing posts with label Career. Show all posts

Work-holic

Salam uolzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..Wazap-wazap...

Selamat hari Isnin dan selamat bekerja...
Minggu ni workload Eyra sangat melampau-lampau banyaknyeee..Hishhhhh....Start dari minggu lepas lagi da banyak, since Eyra dah nak berhenti beberapa minggu dari lagi kat tempat kerja sekarang....Weee..Yeeeee..saya da dapat offer kat tempat baruuu tu...Medical check-up da lepas, dan da dapat offer letter pun...da sign pun!hihihi

Sebenarnya sedih jugak nak berhenti kat sini. My bff sorang ada kat sini, duduk kat meja sebelah jee. Memang semedang je potpetpotpet menyembang ngan makcik ni. Teman-teman wanita pun agak ramai kat sini, meja sebelah Eyra yang lagi satu ni pun wanita jugak. Cewaahh..wanita yee..mentang-mentang da dewasa..hehehe.Dalam department Eyra, ada 4 orang wanita. 3 orang sebaya Eyra masih junior dan fresh, dan sorang lagi senior.. Tup tup tau my senior ni same U dengan Eyra..makin kamceng laaaa...Hehehe..

Last week dapat call drp company baru, mintak Eyra confirmkan tendering dengan current company..Sedih woo...Berat hati jugakla Eyra nak prepare tendering letter. Then discuss dengan supervisor, die boleh gelak-gelak jeee time Eyra nak bagitau tu. Lepas da tau, terus buat muka seriuss.. Dia cakap, ”Saya tak kisah kalau awak nak berhenti, tapi keje awak yang sampai bulan 12 tu kene dan harus siap,”woooooo..banyak tuuuuuu........Tapi ok jugakla dapat green light daripada boss.. Cuma jadi serabut sikit bila fikir kene siapkan keje yang sampai bulan 12 yang banyak tuu!!Sape nak tolong sayaaaaaa??Huaaa!!

Saya ada 13 hari  nak siapkan 28 checksheet termasuk hari Sabtu dan Ahad dan public holiday. My last day pun kene cepatkan beberapa hari sebab da termasuk sekali dengan hari cuti Raya Haji.. My last day will be on 16.11.2010 and start kat tempat baru 22.11.2010. See..bape hari sgt je lagi kann yang tinggal nak siapkan semua checksheet..Gilekkkk ahhh~~ Memang tak honeymoon laaa 2 minggu ni mengadap kerjaa!!

Jangan tertipu dengan status saya ye~
Hehehehe

.
Boleh tak name card Eyra tersalah print??Engineer senior bila dapat name card Eyra pun pelik, cepat sangat naik jawatan jadi Lead. Eh diorang bukan pelik, diorang jeles sebenarnya sebab kerja da berpuluh tahun tak naik jadi Lead, Eyra yang seminggu kerja terus naik jadi Lead. Hehehehe..Kalau betul-betul jadi Lead kan besttt!!Name card tu temporary je, sebab bos suruh liquid Lead tu. Turun grade terus.Hahahaha.

Oklah budak engineer nak main game kejap. Penat separuh hari buat checksheet. Masih banyak lagi yang tengah queue tu..Tatatata


Budak rajin,
Blogger Templates

Morning Call

Assalamualaikum..


Happy sangat today, sebab Eyra dapat call daripada Perodua.
Eyra dah pass second stage interview.
Next stage Medical Check-Up plak.
Harapan nak dapat kerja disitu nampaknye semakin cerah.

Alhamdulillah rezeki murah. Kerja di tempat baru ni pun semua OK.
Sayang rasanya nak berhenti kat sini..
Eyra da mula minat bidang baru ni dan semakin rajin plak bekerja =PP
Maklumlah dah dapat pangkat Engineer Teragung.Huahahahahaha

Doakan Eyra sihat dan everything will be okay during Medical Check-Up nanti.
Kalau Eyra confirm kerja di Perodua, Eyra berniat nak puasa nazar.
Ohhh..korang-korang tolong doakan Eyra ye~~


My bff kat sebelah ni sudah merajuk sebab takut nanti kena tinggal dengan Eyra
Lek babe, u tetap di hati I seperti babes yang lain OK.
Kita masih bujang, masih boleh jimba-jimba.
Lainlah orang yang dah kahwin tuuu*muncung pada Nadz~



Ishhh..da berlaki da budak ni??Gedik betul melangkah bendul~
**cemburu



Kalau dapat kerja kat situ bolehla mula berfikir untuk saving.
Kalau byk saving boleh buat apa??Yeay bole shopping!!Yeay..boleh kahwin cepat!!
Bee, U nak I hantar hantaran bape kat U??Cakap je brape!!!Memang I tak hantar la sebab U yang kene hantar kat I.

Huahahahah!






  

Ke-busy-an melampau sampai turun berat. Tak perlu misi diet pun!

Hoho.Sejak dah menceburkan diri dengan business ni, jadi tersangatlah busy..Busy sampai dah takde mase nak main Farmville.Memang betul-betul busy. Boleh plak time busy ni ade Botanical Garden raising. Haduh....Ruginye ni kalau tak dapat siapkan. =)

Sebenarnya untuk entry kali ni bukan nak bercerita pasal Farmville ke Botanical garden ke ape, cume nak mengiklankan diri yang teramatlah fokus dengan kerjaya baru ni. Almost 2 months menganggur kat rumah, sebulan memang hangus la makan tidur makan tidur kan. Masuk bulan kedua, mulalah tak sedap hati, nak kerja belum ada rezeki. That's when datang idea nak buat online business, I bagi 100% komitmen untuk menjayakan plan ni. Bukan senang nak membina sesuatu, kene ade usaha. Ade usaha adelah hasil kan. Alhamdulillah, ade perkembangan positif nampaknya. Tapi terlalu awal untuk berpuas hati. 

Dalam kegawatan ekonomi yang melanda, I rasa sangat impossible nak teruskan dengan misi I tu. Macam-macam bende negatif duk fikirkan. Mula-mula rasa nak give-up je. Nasiblah ade insan yang memahami yang sanggup berkorban dan bersusah-payah dengan I untuk membangunkan ShawlQueen ni. Daripada wang simpanan beliau hinggalah ke titisan peluh-peluh jantan beliau. Hanya beliau yang ada saat saya berada dalam keadaan tak keruan, kesusahan, perit, getir yang yang mana Superman, Ironman, Batman, Spiderman, Klubungman, Maskman, Ultraman mahupun Si Jidin pun tak mampu memberikan pertolongan. Bila I menjerit "HELP ME, HELP ME!I NEED HELP HERE!"Cuma ada beliau sahaja. Hanya beliau..Soalannya, siapakah beliau yang dimaksudkan??

Ahhaaa..Tidak lain tidak bukan ialah encik abang sayam saya, Ahamed Zainul yang ensem..

Dan sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan kami, beliau mentreatku ini...*unbelieveable :)


Yaaa..yang inii..Sepasang sepatu daripada MiracleMall.


Sukaa!!Sangat teruja..Tak sabar nak tunggu booties ni sampai.. Thanx to Meera for the info.

Saya rasa cukup bertuah..Punya insan seperti awak.
Thank you awak. Awak ada bersama saya susah dan senang. Ini baru permulaan perjuangan, harap kita berdua tabah untuk merealisasikan misi perjuangan kita ni.

Awak tahu siapa awak, awak anugerah Ilahi yang tak ternilai buat saya..

Blogger Templates




*nota kaki; *Baru je mula berjuang, dah pau abang sayam kasut ni. Cane bisness nak maju ni??Hehehe

Finally..



I officially resigned from my previous job 
I have been free of turmoil
No regret
I feel extremely great n relieve

Now, I'm searching for a new job
I realize life isn't easy anyway
But I believe, sooner or later I will  get it even better
 

Blogger Templates

I got job but....

Sekarang saya da bekerja di Balakong.Position ape?Saya sendiri pun tak pastii...Kelmarin, dalam offer letter tawarannye lain.Sekarang dalam name card pulak tercatit yang lain. Mungkin bos saja yang tau jawapannyaa..

"Saya budak baru mahu belajar"

1 bulan korang rasa cukup ke untuk meyakinkan diri korang untuk tahu semua perkara dalam industri..Terutama sekali dalam bidang Engineering dan untuk seorang bergelar wanita yang akalnya cuma ade 1 aje ni.. Ok.. Saya faham.Company ni company kecil, plant pun ada 1. Bukan banyak perkara sangat perlu tahu. Tahu itu tahu ini pun sudah cukup. 

Baik! Saya faham dan sanggup amik risiko

.................................................................................................................................................

*Dulu:Masa Interview
Encik A: Saya beri awak 1 bulan untuk belajar production dan proses untuk sistem yang kita guna..
Kita ada technician yang boleh ajar awak dan .... (*sambung bercakap dan menaburkan janji-janji manis)
Nazeyra: Ok Encik.Sounds interesting (*terpedaya dengan kata kata janji manisnyee)

*Kini: Minggu pertama bekerja dan sambung minggu kedua
Encik A:Saya rasa awak boleh call customer dan buat itu buat ini... (*buat macam-macam yang tiada kena mengena dengan production)
 Nazeyra: Nak ke tak nak ke nak ke tak nak ke nak ke tak nak
.................................................................................................................................................

Baru seminggu aku kerja, da macam-macam benda bos aku tuka. Kejap nak macam ni kejap nak macam tu..Dulu macam ni, sekarang lain plak. Keadaan company yang banyak konflik jugak agak membuatkan aku hilang keyakinan diri..Aishhh..Fedapnye management macam niiii...

Tidak baik!Patot ke saya amik risiko macam ni??




Working mode

Bila da bekerja,jadi malas plak nak menulis blog. Kat tempat kerja pun bukannya banyak sangat kerjaaa..Terlalu beremosi melayan Cafe World dan kononnya menambah ilmu pengetahun sambil bergaming.agagagga~~
 
Tahun 2010, I berazam nak menjadi engineer yang terbaikkk, mampukah?uhh..takut betul nak berhadapan ngan realiti bekerja,tanggungjawab, kene marah dengan customer, pressure n etc.nasib baik dapat bos yang prihatin.walaupun beliau garang,tapi tak kedekut ilmu n willing to help me. BEST!

Tak sabar rasenye nak tamatkan status TRAINEE dan merasa income sebenar as an ENGINEER.


 *macam ni ke perangai engineer??


Mid Day News

Baru je pg td mak Blacky call offer keje, tuptuptuptup tghari td dpt call drp GEMS plak.Haii..Murah betul rezeki aku ari ni. Ni mesti sbb aku bgun awl pg ni.hahahahaha

Dgn comelnye aku agak, Ms Desiree memberitahu yg aku terpilih utk GEMS Batch II ni di Cheras.
Yehuuu!! Dapat gak aku input drp nothing-to-do-routine aku ni. Yess!Yess!

By this Sunday, aku akan register di Kompleks Darul Puteri di Cheras utk program selama 2 bulan ni. Eh, plus setengah bulan lg.

Sebelum keberangkatan aku ni, ade la skit2 keje nk dibereskan cthnye buat akaun CIMB. Mak aih..ni da akaun bank ke berapa yg aku ade. Da nak complete da koleksyen akaun bank aku ni walaupun baki sume ZERO order.hahaha.harap je akaun melambak, tp 1 pun takde baki. Sahhh..mmg muflis gile dah ni. HAHAHA lagi kat Bibah..hahahahhaaha

So, sape nak teman I buat akaun CIMB? Sape lg sudah tentulah yang paling betuah kat muke bumi ni iaitu Blacky. Satu-satunye temanku walau ke mane pun hala tuju.hehehehe..

Dan dan dan malam ni sedikit kelat-kelat la muke sebab happy sgt sbb dpt join program ni. Dah nak kematu dah ni weih duk melepak je kat umah.huhuhu..oh yee..ni buktinyeee..

SAKSIKANLAAAHHHHHHHH....
*sedikit versi Iwan dlm Memori Daun Pisang.3gp
hahahahaha..



Tah hape la yg exsaitednye dpt join program ni kannn?kalo dpt masuk AF ke, MI ke, OIAM ke, Anak Wayang ke bole gak la nak exsaited lebih-lebih. aaa...kape ngan kamu ni Bibah?


Early Morning News

Awal2 pagi i da dapat call. I berangan la Blacky yg call kan kejutkan I bgun tido.hihih. Alih-alih my future MOTHER-IN-LAW laaahhh.. Kantoi la beb. Bakal menantu xbangun tido lg. Jam pun da 8:05 am. Alarm aku da mekak-mekak "WOCK IT OUT! WOCK IT OUT! (Walk it the jabbawockeez way!!!!Yeahh!!) kejadah sume sampai jiran taman sebelah pekak tinge pun aku x bangun-bangunn gak. Hahaha..

Maka, nak jadikan cite mak i & Blacky (cewahhcewahh) infom kat i die nak offer keje smntra jadik cikgu ganti kat skolah die (syg, mak ngajo kat skolah mn ye?i lupe laaa ;P). Stat 29hb ni smpai 30oct. Jadik, i pn wondering laaa.. Nak tolak, sian plak sbb mak Blacky yg da susa2 carikan keje utk i. Nak amik plak, nnt mcm-mcm hal plak. Yelah, jauh tu nak ulang alik dr rumah. Tapi, mak da offer duduk kat sn je.Mak kate gi skolah ngan mak je ari-ari. OK gak tu. Pasni misti Blacky rajin duk umah. Siap sanggup ulang alik Rasa-Bangi kot. HEHEHE..

Tapi ade problem lg 1.. I da rejister nak join MYGEMSPORTAL program. Program tu akan stat by the end of this month. Sepatutnye dorg da call la to inform me whether i've been selected or not. Tapi x dpt call lg,n ni pun dlm proses menunggu call drp diorg.

Kalau i dipilih utk program tu nmpknye kene tolak offer drp mak Blacky. Kalau x dipilh plak, kene bncng ngn parents i la psl offer jd cikgu ganti tu. Ape-ape pun, all d best to me!

Things to do

paling-paling sy kene buat ialah update resume biar interesting skit employer tgok

kene letak gamba palinn cantit skali biaq depe bekenan amik keje.theehee~~

then, apply kat beribu-ribu company yang ad kat mesia ni

harap-harap ade sangkut 1 ke 2 ke 3 ke 4 ke 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke

amin.

First Call

Pagi td, aku dpt call drp 1 company

depe gtau depe ade view resume aku kat jobstreet

make, depe beminat ngn aku, eh....beminat nak intebiu aku esok

so sudden kann

tapi malangnye..

kecacatan aku membuatkan aku sedikit susa nk wat preparation utk intebiu ni

sebabnye..

tym caller tu infom name company, aku yg sedikit pekak atau mmg pekak badak ni tatau la salah dengar ke mmg xdengar ke name company tu

so, aku call balik company tu n mintak name company tu again

siap catat dlm ketas

so, aku google la nk tau background n detail about the company

tp searching aku turn to no result

jadi aku sedikit ragupati dan was2

plus intebiu tu plak esok(26.05.09) will be held at starbuck kat times square at 1pm

bukannye di opis depe yg bepusat di menara standard chartered tuuu

so, aku wondering la

babah kate ini menimbulkan kemusykilan

sekarang ni byk cara nk menipu

aku tengah buntu ni

aku pk +ve je; maybe depe nk wat intebiu yg informal

alamak..nak pi ke x nak ni?

ni butul2 ka main2?

ape pendapat korang??

****UPDATED*****

dgn penuh bebudi pekerti, aku mengensel janji temu utk intebiu ari ni

sebab?

aku da konfomkan name company n everythinn

so, i think company tu xseswai dgn kerjaya yg aku nak

utk maklumat lebih lanjut sila ke sini --> lumrah orang mencari kerja