Huaaaa..moisturizer Eyra da nak habis. Nak yang baru tapi xde stok,nasib ade banyak untuk skincare class leh pinjam dulu.hehehe
Sebelum ni,waktu sekolah n belajar kat uni Eyra paling tak suke pakai moisturizer. Cukupla setakat ade cleanser yang boleh provide banyak buih dah rase lega n puas hati. Tapi sejak jadi consultant ni baru Eyra tau betapa pentingnya fungsi moisturizer tu especially untuk protect dan prevent kulit daripada kotoran and UV. Dan baru Eyra tau betapa tak bagusnya cleanser yang banyak buih tu.
Bukan tu je, Eyra tak pernah sekali pun spend bajet untuk beli masker. Time belajar kat uni pun, pau roomate punye je. Tu pun Eyra pakai sebab teruja tengok dalam muvie actress pakai masker hijau n relax sambil dengar lagu dengan lilin aromaterapi tu. Gagagaga
Uols pernah tak survey mengenai complete skincare atau saje- saje nak tahu function produk yang uols guna?? Eyra sure ramai yang tak concern kan?? Ada yang rasa muda lagi belum 40-an lagi, or rasa muda tak perlu jaga sangat kesihatan kulit muka, nanti da tua boleh amik collagen. Tehehehe. Silap tu.
Lepas baca entry ni, Eyra nak uols betulkan persepsi uols sume and start to take care of your skin. Ok??
Untuk set penjagaan wajah yang lengkap mestilah mempunyai CLEANSER, MASKER, FRESHENER & MOISTURIZER. Jum kita lihat step by step dan function setiap produk penjagaan muka;
1. Cleanser
Fungsi cleanser ialah untuk membersihkan wajah daripada kotoran yang melekat di atas kulit contohnye habuk, foundation, bedak dan sebagainya. Untuk cleanser, disarankan menggunakan produk jenis hypoallergic tanpa bahan kimia untuk mengelakkan iritasi dan masalah kulit. Bahan kimia yang terdapat dalam cleanser dikhuatiri akan bertindak balas dengan kotoran atau bendasing di kulit wajah yang menjadi punca kepada masalah kulit. Cara- cara nak tahu produk ada kandungan bahan kimia atau tak, senang jee. Kalau cleanser mempunyai banyak buih, bermakna terdapat bahan kimia berlebihan digunakan. Kebiasaannya, selepas mencuci muka kulit akan rasa tegang dan nipis. Cleanser dengan buih yang banyak akan menghidrat kulit dengan menyingkirkan kelembapan semulajadi kulit. Selain tu, untuk produk hypoallergic, biasanya juga dinyatakan dalam label produk tu sendiri. Jangan malas baca description produk yee.
2. Masker
Masker mempunyai pelbagai fungsi tauu. Salah 1 fungsi masker ialah untuk menyingkirkan sel- sel kulit mati yang menyebabkan tona kulit menjadi sedikit gelap di kawasan tertentu atau boleh dikatakan menjadi punca tona kulit tidak sekata. Sel-sel kulit akan diperbarui setiap 28 hari dan hanya akan hidup dalam masa 48 jam. Sel-sel mati menyebabkan wajah menjadi kusam dan tidak bermaya. Selain daripada itu, masker juga mampu membersih sehingga ke liang pori dengan membuka liang pori untuk menyingkirkan kotoran yang tidak dapat dikeluarkan sewaktu mencuci muka. Kalau nak tau 1 rahsia, whitehead atau blackhead pun boleh remove just dengan memakai masker je tau!
Kalau uols perasan, sometime ade masker 2 in 1 with scrub kan? Haa..uol kene tau ni. Bagi masker 2 in 1 ni, hanya boleh dipakai bagi mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan kering sahaja. Bagi yang kulit berminyak, jangan sesekali menggunakan masker with scrub. Kenapa ye? Fyi, scrub membantu proses eksfoliasi dan menyebabkan bukaan liang pori menjadi lebih besar.. Bagi mereka yang kulit berminyak, sebolehnya hendaklah mengawal bukaan liang pori supaya tidak menjadi lebih besar dan menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak.
Another miracle masker ialah mampu menegang dan menganjalkan kulit.. Haa..ramai yang tak tahu sebab perbezaan sebelum dan selepas tak nampak dengan sekali pandang je. Kalau tengok dengan teliti baru uols perasan. Jadi, untuk pemakaian masker digalakkan pakai 2 hari sekali atau sekurang-kurangnya 2 kali semingu.
3. Freshener/ Toner
Freshener dipakai selepas masker. Juga boleh dipakai selepas mencuci wajah. Fungsi toner ialah untuk menghilangkan kesan- kesan kotoran yang tertinggal di atas kulit wajah dan liang-liang pori. Freshener juga membantu mengecilkan liang pori yang terbuka sewaktu eksfoliasi tadi.
5. Moisturizer
Seterusnya akhiri rutin penjagaan wajah dengn menyapu moisturizer. Fungsi sebenar moisturizer ialah memberi keseimbangan kepada kelembapan kulit wajah. Tanggapan yang mengatakan kulit menjadi berminyak sekiranya menggunakan moisturizer adalah tidak tepat. Kebiasaanya mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak kerap meninggalkan rutin ini. Moisturizer tidak perlu dipakai dalam kuantiti yang banyak, cukuplah sekadar rata ke seluruh bahagian wajah. Moisturizer yang dipakai berlebihan akan menyebabkan kulit menjadi ekstra lembap dan apabila berpeluh menyebabkan rasa kurang selesa. Anda perlu tahu, mousturizer memberi kesimbangan lembapan bermakna mengawal kadar lembapan kulit wajah. Selain itu, moisturizer juga bertindak sebagai pelindung kepada sinaran UV dan kotoran. Moisturizer dengan SPF melindungi kulit daripada sinaran UV-A. Jangan risau tentang SPF yang sesuai dengan kulit anda, jika anda mengalami masalah untuk memilih SPF yang bersesuaian gunakan SPF15 sebagai pelindung asas.
Haa..sebenarnya banyak lagi Eyra nak explain contohnya mengenai SPF, aging, UV, cara pemakaian skincare yang betul, dan eh macam-macam lagi la. InsyaAllah untuk entry seterusnya Eyra akan terangkan lebih lanjut mengenai isu-isu ni ye.
Later uols boleh check set skincare masing-masing dan mane-mane item yang takde uols boleh start enjin kete n go for shoppingg!!
Hee..
Inspiring you,
Eyra
No comments:
Post a Comment