Fuhhh..da pukul 12am ni.Tiba-tiba terdetik hati I ni nak update blog.Lame sangat tak berblog.Ok.I mengaku yang I ni memang pemalas sikit nak buat kerja yang kena buat selalu ni or rutin. Blog ni da jadi macam rutin jee. Bila ada cerita, update atau bile rajin, update banyak-banyak.Bila takde cerita, kita fesbuking plak. Haaa..Macam sidai kain la kan, kain tu hari-hari kena sedai. Kalau tak sidai, lembap la baju tu. Nanti takde baju pulak nak pakai. Aa..ni contoh jelaaa. Bab-bab sidai kain pun I malas jugak sebenarnya.Hehehe.
Apa yang I nak cerita untuk entry ni ialah tentang Tunang, Bertunangan, Kahwin dan Berkahwinan..Tehehehehe..Bukan apa, cuti sekolah lepas banyak betul orang kahwin, orang bertunangkan. Kawan-kawan I pun banyak jugak yang bertunang, kahwin pun ada. My bff pun bertunang early of this month, dengan jejaka pilihan hati dari Kelantan. Setahu I, tunang beliau ni takde langsung ciri-ciri hero malaya idaman bff I ni. Jauh berbeza dengan taste beliau. Tapi, itulah.Cinta tu tak mengenal paras rupa or fizikal. Hati tu yang penting. Pandang la hati, jangan pandang rupa yee.. Nasihat ni~~
Tanggal 6 June 2010, my bff Siti Nadzirah Mohd Noor secara rasminya telah menjadi tunangan kepada Suhazmi bin ?? (tatau). Hehehe.Tanggal 6 hb tu jugak ialah birthday encik abang sayang saya.Wahhhhh..Tapi takde sambutan ye.Sebab hari tu jadi hari yang tak bertuah buat I sebab kereta breakdown due to bateri flat time otw ke rumah bff I tu.kesian kan..Hati sangat rungsing sebab kena mekapkan orang yang bakal bertunang, and lepas tu kena rush balik Puchong untuk jemput encik abang yang baru pulang memancing dengan my babah. Encik abang pun tengah rush nak balik sebab ada wedding cousin dia. Tapi kitea hanya merancang, Allah yang tentukan semua.Plan hari tu sume jadi tunggang langgang. TAPIII..misi mekap berjaya jugak dilaksanakan walaupun hati ni tak berbangga langsung dengan hasil tangan sendiri sebabbbbbb terlalu nak cepat. Well Siti Nadzirah, I wish i have done my best for you ya babe!
Atas erquest my bff, mini pelamin pun I decorate. Apa saja untuk u babe, I rela lakukan. Heheh.Dengan berbekalkan tenaga buruh daripada Indonesia iaitu Cik Izzatul Amanda, Cik Halimatun Saadiah dan buruh daripada Nepal, Encik Abang Sayang saya, kami berjaya menghasilkan mini pelamin berkonsep "Arabian In The Garden". Mini pelamin ni simple je. Backdrop, I jahit and design sendiri. Bunga tu pun I gubah sendiri, tak pernah I gubah bunga. Maka, untuk pertama kalinya hasil pun agak memberangsangkan. Mak pun puji kata cantik. Yahooo!!!!
Ok.jangan buang masa.Jum kite cekidaut gambar-gambar sekitar majlis pertunangan my bff ni and I selitkan sikit gambar majlis perkahwinan my USM-mate, Nurhawadah dengan hubbynye yang ensem Kamarul~~
Mini pelamin designed by me
Siti with her handy bouquet
With her engagement ring~
Siti with me of course~
With her family~
Siti with us~
Siti with me n him.Tadaa~
The Crew~~
And her with him, Ring & Fiance!!
Looking for your wed card dear!!
Wedding Wadah~~
Amik berkat pengantin baru~~
Hope both of you will stay togethergether foreverafter!
**Nota kiri bibah: Ni rasa nak cepat kahwin nii.jelesnyeee tengok orang kahwin~
4 comments:
not bad gak design ko bibah,especially backdrop yang belakang tu kehkeh.
time kasih laa.ko nak bertunang if nak wat pelamin bole calling2 je.ahaha
sempat pomot kat aku lagi tu!
yela.mane tau ade org nak masuk minang ko.haha
Post a Comment